Showing posts with label Aktiviti MGC DHP. Show all posts
Showing posts with label Aktiviti MGC DHP. Show all posts

Tuesday, June 23, 2009

Senarai nama GC DHP ke Konvensyen MGC Perak

























Berikut adalah senarai nama Guru Cemerlang yang dicadangkan untuk ke Konvensyen Guru Cemerlang Negeri Perak bagi tahun 2009. Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungai Puan Noraini (SMK Seri Perak.

Thursday, June 18, 2009

SEMINAR PENINGKATAN PROFESIONALISME

pada 18 Jun 2009 yang lepas semua Guru Cemerlang Daerah Hilir Perak telah menyertai Seminar Peningkatan Profesionalisme Guru Cemerlang negeri Perak. Seminar ini dianjurkan oleh Jawatankuasa MGC Negeri Perak. Seramai 218 orang GC dari 5 Daerah telah terlibat.

OBJEKTIF SEMINAR
1. Menyampaikan fungsi dan peranan guru cemerlang dalam pembangunan pendidikan.
2. untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan ketrampilan guru cemerlang.
3. Meningkatkan profesionalisme guru-guru cemerlang di Negeri Perak

Thursday, April 30, 2009

PROGRAM PEMANDUAN GURU CEMERLANG PEPERIKSAAN SPM DAERAH HILIR PERAK 2009


1. Tajuk: PROGRAM PEMANDUAN GURU CEMERLANG PEPERIKSAAN SPM

DAERAH HILIR PERAK 2009

2. Rasional:

Program Pemanduan Guru Cemerlang bertujuan untuk membangunkan modal insan yang mindanya kelas pertama dan berdaya saing peringkat antarabangsa. Guru Cemerlang perlu merealisasikan enam teras dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) untuk memenuhi matlamat pendidikan Malaysia dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Hasrat Kementerian untuk membina negara bangsa, memartabatkan profesion keguruan dan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan dapat disalurkan melalui Program Pemanduan Guru Cemerlang.

Program Pemanduan Guru Cemerlang Daerah perlu dilaksanakan sebagai satu usaha untuk “Menjadikan Negeri Perak Komuniti Berilmu Menjelang 2010” dan slogannya “Komuniti Berilmu Perak Terbilang” menjelang tahun 2015.

Diharapkan Program Pemanduan Guru Cemerlang Daerah dapat meningkatkan prestasi dalam peperiksaan awam dengan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti, menyeronokkan dan berkesan bagi mencapai keputusan peperiksaan awam yang cemerlang. Melalui program ini Guru Cemerlang dapat membantu para guru dan murid di sekolah dan di daerah ke arah kecemerlangan dalam semua aspek yang diperlukan.

3. Objektif:

3.1. Objektif Umum:

3.1.1. Meningkatkan kecemerlangan peperiksaan awam.

3.1.2. Pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

3.2. Objektif Khusus:

3.2.1. Meningkatkan kecemerlangan dalam peperiksaan awam SPM.

3.2.2. Mengenalpasti pelajar yang ‘Near-Miss’ mata pelajaran kritikal untuk mendapat A dan D.

3.2.3. Memantapkan kesediaan murid menghadapi peperiksaan awam.

7. Sasaran:

7.1. Semua guru Daerah Hilir Perak.

7.2. Semua calon peperiksaan awam.

8. Aktiviti:

8.1. Mesyuarat Pemanduan Guru Cemerlang

8.2. Taklimat Pemanduan Guru Cemerlang

8.3. Projek Penyuburan Penilaian

8.4. Projek Pemanduan Guru Cemerlang di Sekolah

AKTIVITI GC DHP 2009


MGC Daerah Hilir Perak telah membuat perancangan bagi aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan pada tahun 2009. Berikut adalah antara aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan dari masa ke semasa.

1. Mesyuarat Guru Cemerlang Daerah

2. Taklimat Bidang tugas dan Tanggungjawab Guru Cemerlang Mengikut Terma GC

3. Pengurusan Fail Guru Cemerlang

4. Pembinaan E-Groups & Blog GC Daerah

5. Program Turun Bantu Sekolah
6. Kajian Tindakan Guru Cemerlang
7. Kursus ICT untuk Guru Cemerlang

8. Penyuburan 12 Pedagogi *

9. Seminar Potensi Guru Cemerlang

10. Perkembangan Staf untuk GC Daerah*

11. Tinta Gemilang GC Daerah
12. Laporan Aktiviti GC Daerah

Wednesday, April 29, 2009

Mesyuarat Program Turun Bantu Sekolah

Tarikh : 29 April 2009
Masa : 2.30 Ptg
Tempat : Bilik Gerakan PPD Hilir Perak

Mesyuarat ini melibatkan guru-guru GC sekolah rendah.

Masyuarat ini dijalankan bagi membincangkan tindakan seterusnya selepas perjumpaan pertama bersama guru-guru sekolah yang terlibat dengan program turun bantu Sekolah semasa perjumpaan pertama sebelum ini.

Hasil mesyuarat adalah GC terlibat akan mengadakan satu lagi perjumpaan bersama guru sekolah rendah yang terlibat bagi mendapatkan semula borang kaji selidik dan membincangkan perjalanan program bagi lawatan ke sekolah-sekolah yang terlibat.
My photo
Teluk Intan, Perak, Malaysia
mgchp@yahoo.com.my Facebook : Dhp Mgc

Followers