Showing posts with label INFO GC. Show all posts
Showing posts with label INFO GC. Show all posts

Tuesday, March 9, 2010

PROGRAM 1 HARI BERSAMA GURU CEMERLANG NEGERI PERAK TAHUN 2010

Tajuk: PROGRAM 1 HARI BERSAMA GURU CEMERLANG NEGERI PERAK TAHUN 2010

2. Latarbelakang:

Program 1 Hari Bersama Guru Cemerlang bertujuan untuk membangunkan modal insan yang mindanya kelas pertama dan berdaya saing dalam peringkat glokal. Guru Cemerlang perlu merealisasikan enam teras dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) untuk memenuhi matlamat pendidikan Malaysia dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Hasrat Kementerian untuk membina negara bangsa, memartabatkan profesion keguruan dan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan dapat disalurkan melalui Program 1 Hari Bersama Guru Cemerlang.

Bilangan GC dalam pelbagai mata pelajaran di negeri Perak telah meningkat dengan drastik dari 120 orang pada akhir tahun 2008 kepada 501 orang pada akhir 2009. Kesemua daerah di negeri ini telah mempunyai bilangan GC melebihi 50 orang kecuali daerah Kuala Kangsar , Kinta Selatan dan Hulu Perak yang hanya mempunyai GC kurang dari 30 orang. Peningkatan ini diharapkan sejajar dengan peningkatan prestasi peperiksaan awam di semua peringkat UPSR, PMR, SPM atau STPM. Terdapat juga GC yang dilantik untuk mata pelajaran yang bukan peperiksaan seperti Bimbingan dan Kaunseling, Pendidikan Khas, Muzik, Pengurusan Pusat Sumber dan beberapa mata pelajaran lagi. Lampiran 1 menunjukkan taburan GC mengikut daerah dan mata pelajaran di negeri Perak pada 30 Oktober 2009.

Program 1 Hari Bersama Guru Cemerlang adalah lanjutan daripada Program Pemanduan Guru Cemerlang yang telah dilaksanakan mulai tahun 2007. Fokus hanya diberi kepada mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Sains. Pada tahun 2008, program ini diperluaskan lagi kepada mata-mata pelajaran lain iaitu GC digerakkan bukan sahaja di peringkat daerah tempat mereka bertugas, tetapi merentasi daerah lain yang memerlukannya.

Program 1 Hari Bersama Guru Cemerlang merupakan satu program, tenaga GC digembeling sepenuhnya untuk membantu sekolah, daerah dan negeri khususnya bagi meningkatkan prestasi peperiksaan awam terutama bagi sekolah berprestasi rendah. Program ini dilihat perlu dilaksanakan sebagai satu usaha untuk menjadikan “Negeri Perak Komuniti Berilmu Menjelang 2010” dan slogannya “Komuniti Berilmu Perak Terbilang” menjelang tahun 2015.


3. Objektif:

3.1. Meningkatkan kecemerlangan peperiksaan awam

3.2. Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran yang berkesan

3.3. Perkongsian idea dan kemahiran

3.4. Menggalakkan guru memohon Guru Cemerlang

4. Sasaran:

4.1 Sekolah Prestasi Rendah (SPR) yang dipilih dari seluruh daerah

4.2 Sekolah Menengah

4.3 Sekolah Rendah

4.4 Sekolah yang tiada Guru Cemerlang

5. Pelaksanaan program:

5.1 Mac – September 2010 (UPSR)

5.2 Mac – Oktober 2010 (PMR / SPM)

6. Strategi:

Program 1 Hari Bersama Guru Cemerlang di seluruh negeri Perak akan diadakan pada setiap hari Rabu iaitu 1 hari tiada jadual P&P GC di sekolah. Pergerakan GC pada hari Rabu di seluruh negeri Perak berdasarkan modus operandi berikut:


6.1. GC turun ke sekolah atas arahan PPD:

Pihak PPD akan menentukan pergerakan GC ke sekolah yang ditetapkan sama

ada seorang GC atau kumpulan GC bersama-sama dengan pegawai PPD.


6.2. GC turun ke sekolah atas permintaan pihak pentadbiran sekolah:

GC turun ke sekolah untuk memenuhi permintaan pihak pentadbiran sekolah

untuk membantu mata pelajaran kepakaran GC di sekolah mereka.

Pergerakan GC dalam kawalan pihak pentadbir sekolah sendiri dan PPD.


6.3. GC bantu guru sekolah di pejabat PPD:

PPD mengumpulkan guru-guru sekolah mengikut mata pelajaran di PPD dan

GC akan membantu mereka di pejabat PPD.


6.4. GC bantu antara daerah dalam negeri Perak:

GC akan bergerak antara daerah bersama-sama dengan pegawai JPN atau

PPD, jika sekiranya tiada mata pelajaran kepakaran di daerah tersebut.

7. Harapan:

Semoga Program 1 Hari Bersama Guru Cemerlang di seluruh negeri Perak ini akan menjadi satu saluran untuk membantu guru dan pelajar agar dapat menguruskan P&P yang berkualiti bagi mencapai keputusan peperiksaan awam yang cemerlang.

Justeru, harapan semua Guru Cemerlang melalui Majlis Guru Cemerlang dapat mencapai matlamat dan objektif kecemerlangan akademik terutama dalam peperiksaan awam. Diharapkan semangat bekerja secara berpasukan dalam kalangan Guru Cemerlang Daerah dapat merealisasikan aspirasi kerajaan Negeri Perak untuk mewujudkan negeri berasaskan ilmu (K-State) menjelang tahun 2010. Hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia untuk melahirkan modal insan dan memartabatkan profesion keguruan akan tercapai jika kita sebagai Guru Cemerlang memainkan peranan dan tanggungjawab masing-masing.

Semoga Allah memberkati usaha hambanya. Insya Allah.

Oleh:

MGC Perak 2010

Sunday, May 10, 2009

BULETIN GC : HARAPAN YDP MGC Hilir PeraK

Tahniah Cikgu Amenuddin, Idea bernas dan mendapat sambutan!
Bolehlah kita, mulai hari ni, merancang- rancang sesama kita untuk menjayakan projek ni. Diharap semua GC Hilir Perak membuat persiapan bahan yang boleh kita sumbangkan dalam Buletin GC Perak tersebut. Kerja sama tuan amat dihargai, terima kasih.

YDP MGC Hilir Perak.

TINDAKAN YDP NEGERI SEBELUM JULAI 2009

1. Persidangan Kebangsaan akan diadakan pada 21 - 24 Julai

2. Mesyuarat Agung Negeri perlu dilaksanakan sebelum persidangan kebangsaan iaitu bulan Julai utk tidak ada perubahan sebelum persidangan.
3. Tambah kewangan GC : semua Guru Cemerlang wajib membeli 3 buah buku pengeluaran GC yang bernilai RM 75 ( 3 buah buku)
3.1. Amalan P&P RM 32
3.2. Antologi cerpen GC RM 28
3.3. Buku Bahasa Melayu RM15

4. Mudahkan kutipan bayaran GC buku – cadangan setiap YDP negeri – melantik seorang GC mengendalikan 10 GC yang lain.

5. Bayaran semua kos buku RM75 X bilangan GC negeri Perak kepada bendahari MGC sebelum 30 Jun

6. Mohon semua GC mata pelajaran menyumbang sebarang bahan P&P, bahan murid, inovasi dll yang boleh dimanfaatkan dlm pendidikan untuk dimasukkan dalam Blog Pakar Runding Guru Cemerlang Malaysia. Bahan boleh diemailkan kepada ainihass@ymail. com

Sunday, May 3, 2009

Ucapan Tahniah Drpd Peg. Penyelaras GC Perak

Salam,
Pn. Hj. Noraini serta JK MGC Daerah Hilir Perak,

Jabatan Pelajaran Perak mengucapkan syabas dan tahniah kepada MGC Hilir Perak kerana telah berjaya membina BLOG MGC DAERAH HILIR PERAK .

Semoga melalui blog ini akan dapat memberi banyak input dan maklumat tentang program dan maklumat MGC serta sebagai satu forum perkongsian maklumat dalam kalangan guru-guru Hilir Perak khasnya dan guru-guru serantau dunia amnya.

Sekian, terima kasih.

Salam Hormat daripada :
SYED MAHIZAN BIN SYED HASHIM,
Pegawai Penyelaras GC Negeri Perak..
My photo
Teluk Intan, Perak, Malaysia
mgchp@yahoo.com.my Facebook : Dhp Mgc

Followers