Thursday, April 30, 2009

PROGRAM PEMANDUAN GURU CEMERLANG PEPERIKSAAN SPM DAERAH HILIR PERAK 2009


1. Tajuk: PROGRAM PEMANDUAN GURU CEMERLANG PEPERIKSAAN SPM

DAERAH HILIR PERAK 2009

2. Rasional:

Program Pemanduan Guru Cemerlang bertujuan untuk membangunkan modal insan yang mindanya kelas pertama dan berdaya saing peringkat antarabangsa. Guru Cemerlang perlu merealisasikan enam teras dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) untuk memenuhi matlamat pendidikan Malaysia dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Hasrat Kementerian untuk membina negara bangsa, memartabatkan profesion keguruan dan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan dapat disalurkan melalui Program Pemanduan Guru Cemerlang.

Program Pemanduan Guru Cemerlang Daerah perlu dilaksanakan sebagai satu usaha untuk “Menjadikan Negeri Perak Komuniti Berilmu Menjelang 2010” dan slogannya “Komuniti Berilmu Perak Terbilang” menjelang tahun 2015.

Diharapkan Program Pemanduan Guru Cemerlang Daerah dapat meningkatkan prestasi dalam peperiksaan awam dengan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti, menyeronokkan dan berkesan bagi mencapai keputusan peperiksaan awam yang cemerlang. Melalui program ini Guru Cemerlang dapat membantu para guru dan murid di sekolah dan di daerah ke arah kecemerlangan dalam semua aspek yang diperlukan.

3. Objektif:

3.1. Objektif Umum:

3.1.1. Meningkatkan kecemerlangan peperiksaan awam.

3.1.2. Pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

3.2. Objektif Khusus:

3.2.1. Meningkatkan kecemerlangan dalam peperiksaan awam SPM.

3.2.2. Mengenalpasti pelajar yang ‘Near-Miss’ mata pelajaran kritikal untuk mendapat A dan D.

3.2.3. Memantapkan kesediaan murid menghadapi peperiksaan awam.

7. Sasaran:

7.1. Semua guru Daerah Hilir Perak.

7.2. Semua calon peperiksaan awam.

8. Aktiviti:

8.1. Mesyuarat Pemanduan Guru Cemerlang

8.2. Taklimat Pemanduan Guru Cemerlang

8.3. Projek Penyuburan Penilaian

8.4. Projek Pemanduan Guru Cemerlang di Sekolah

No comments:

Post a Comment

My photo
Teluk Intan, Perak, Malaysia
mgchp@yahoo.com.my Facebook : Dhp Mgc

Followers