Friday, December 18, 2009

Antologi cerpen

TUAN/PUAN,

Majlis Guru Cemerlang Malaysia (MGCM) telah menerbitkan sebuah lalgi antologi cerpen selepas menerbitkan antologi cerpen Terima Kasih Tuhan dan Memoribilia, iaitu antologi Selagi Masih Muda.

Antologi cerpen Selagi Masih Muda yang memuatkan 27 buah cerpen yang merakamkan kelok seribu liku yang dilalui oleh Guru Cemerlang memaparkan kisah-kisah yang mengharukan, mencuit minda serta mengihlamkan.

Sewajarnya, pengalaman yang berharga ini dihayati oleh para pendidik dan pelajar, serta seluruh ahli masyarakat.

Untuk memilikinya, sila hubung:

Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd
No. 1 & 3, Jalan 3/91A
Taman Shamelin Perkasa, Cheras
56100 Kuala Lumpur.

Tel: 03-92856577
Faks: 03 92846554 dan 03 92875763
e-mel: enquiry@upnd. com.my

HARGA: RM28.00 (Termasuk belanja pos)
atau dapatkan daripada YDP Majlis Guru Cemerlang di negeri anda.

Laporan Pendidikan

Laporan Pendidikan

Antara laporan-laporan yang merupakan langkah awal kearah pembentukan
ke arah pembentukan satu sistem pendidikan Kebangsaan di negara ini
ialah:-
a) Laporan
Razak (1957)

Dengan tercapainya kemerdekaan pada tahun 1957 ,batu asas bagi Dasar
Pendidikan Kebangsaan telah diletakkan. Batu asas kepada pendidikan
Kebangsaan terkandung dalam ordinan 1957 yang lebih terkenal dengan
Laporan Razak. Tiga aspek dasar yang penting terkandung dalam laporan
ini ialah :-

# Pembentukan sistem pendidikan Kebangsaan .
# Pengakuan matlamat akhir bahawa bahasa Malaysia
menjadi bahasa pengantar utama .
# Permulaan kurikulum yang berorientasikan alam
persekitaran Malaysia.

Tujuan utama sistem pendidikan kebangsaan ialah untuk melahirkan
masyarakat yang mempunyai sikap toleransi. Penggunaan satu bahasa di
semua peringkat pendidikan sehingga tahun 1982 juga bertujuan untuk
menyatupadukan seluruh rakyat. Aspek ketiga di dalam laporan ini
bertujuan untuk memberi tumpuan kepada fakta-fakta pengajaran yang
mengandungi pengertian, pandangan hidup, norma, dan nilai yang
berlandaskan alam Malaysia.
b)
Laporan Rahman Talib (1960)

Laporan Talib yang diperakukan dalam Akta Pendidikan 1961 telah
mengabdikan cita-cita yang terkandung dalam Laporan Razak dan
menggariskan hasrat sistem pendidikan Kebangsaan yang terdapat
sekarang. Terdapat empat aspek penting dalam laporan iniiaitu:-

# Menjadi titik permulaan ke arab pelaksanaan bahasa Malaysia sebagai
bahasa pengantar utama dan proses
penukaran bahasa pengantar.
# Mewujudkan sistem peperiksaan persekolahan yang
sarna walaupun berlainan bahasa di peringkat rendah ,

menengah,dan menengah atas
# Memberi penekanan kepada pendidikan teknik dan
vokasional untuk keperluan tenaga mahir .
# Memberi penekanan kepada pendidikan moral dan
keagamaan untuk keperluan kerohanian sebagai teras.
c)
Laporan Kabinet (1979 )

Setelah beberapa tahun sistem pendidikan yang berteraskan Laporan
Rahman Talib dilaksanakan. Satu kajian telah dijalankan untuk mengkaji
pelajaran dalam menyahut cabaran sains dan teknologi dan Dasar Ekonomi
Baru. Hasil Kajian ini terdapat dalam Laporan kabinet 1979. Enam aspek
penting yang perlu diberi perhatian ialah :-
# Penegasan kepada paradigma kurikulum ala Malaysia.
# Penegasan kepada pendidikan asas dalam 3M
(membaca, menulis dan mengira ) dan pengajaran pemulihan.
# Pelajaran menengah atas melalui saluran akademik
dan vokasional.
# Peluang melanjutkan pelajaran dari 9-11 tahun
# Pendidikan kerohanian yang kukuh.
# Peningkatan keseluruhan mutu pelajaran.

Monday, October 19, 2009

Konvensyen GC Perak 2009

Konvensyen Guru Cemerlang Negeri Perak 2009

Tarikh : 28 - 3- Oktober 2009
Tempat : Teluk Batik Resort, Lumut
Pendaftaran : 2.00 - 5.00 petang

Guru yang terlibat akan menerima surat panggilan.

Saturday, September 5, 2009

Salam Aidilfitri


Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri...
Maaf Zahir & batin buat semua warga pendidik yang budiman

Monday, July 13, 2009

Ucapan & Penghargaan

Assalamualaikum wrt dan Salam Sejahtera
semua YDP MGC Daerah,


Terlebih saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih di atas kerjasama dan jasabaik tuan/puan menjayakan Seminar Peningkatan Profesionalisme Guru Cemerlang Negeri Perak, Ambilan 2/2009 pada 13 Julai 2009 di Hotel Seri Malaysia, Taiping.

Semoga rakan-rakan GC mendapat banyak manfaat daripada perkongsian ilmu dan pengalaman di dalam seminar tersebut.

InsyaAllah.. ... kita akan merancang dan melaksanakan pelbagai program peningkatan profesionalisme GC di negeri perak seterusnya dapat meningkatkan kecemerlangan pendidikan di negeri perak.

Sekian, terima kasih.

Daripada :
Syed Mahizan Syed Hashim,
JPN Perak.

Friday, July 10, 2009

Mesyuarat GC Daerah Hilir Perak

Mesyuarat GC Daerah Hilir Perak

Masa : 2.30 Petang
Tempat : PPD Hilir Perak
Tarikh : 15 Julai 2009 (Rabu)

Semua GC Daerah Hilir Perak diminta supaya dapat menghadirkan diri.

Terima Kasih.

Tuesday, June 23, 2009

Senarai nama GC DHP ke Konvensyen MGC Perak

























Berikut adalah senarai nama Guru Cemerlang yang dicadangkan untuk ke Konvensyen Guru Cemerlang Negeri Perak bagi tahun 2009. Jika ada sebarang pertanyaan sila hubungai Puan Noraini (SMK Seri Perak.

Thursday, June 18, 2009

SEMINAR PENINGKATAN PROFESIONALISME

pada 18 Jun 2009 yang lepas semua Guru Cemerlang Daerah Hilir Perak telah menyertai Seminar Peningkatan Profesionalisme Guru Cemerlang negeri Perak. Seminar ini dianjurkan oleh Jawatankuasa MGC Negeri Perak. Seramai 218 orang GC dari 5 Daerah telah terlibat.

OBJEKTIF SEMINAR
1. Menyampaikan fungsi dan peranan guru cemerlang dalam pembangunan pendidikan.
2. untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan ketrampilan guru cemerlang.
3. Meningkatkan profesionalisme guru-guru cemerlang di Negeri Perak

Thursday, June 11, 2009

KURSUS PEMBINAAN BLOG

TARIKH BARU KURSUS BLOG GC DAERAH HILIR PERAK IALAH:

TARIKH :24/6/2009 RABU
MASA : 8.00 PG - 5.00 PTG
TEMPAT: PKG SELEKOH
KEHADIRAN : 30 ORANG AKAN DIPILIH UTK SESI 1/2009

SILA RUJUK EDARAN DI BAWAH. JIKA ADA YANG TIDAK BOLEH PERGI SILA HUBUNGI:
PN. HJH. NORAINI BT. HASBOLLAH (012-5331580)

Wednesday, May 27, 2009

Makluman : Mesyuarat JK MGC Negeri Perak

Assalamualaikum. ..wrt. dan Salam Sejahtera.

Kepada :
Semua JK MGC Negeri Perak.

Tuan/puan,

1. Mesyuarat yang tersebut di atas akan diadakan pada 1 - 2 Jun 2009 di Hotel
Hillcity, Ipoh. Mesyuarat bermula pada 1 Jun 2009, jam 3.00 petang.
Tuan/puan diminta hadir tepat pada masa yang ditetapkan, jam 3.00 petang
pada 1 Jun 2009 kerana Tuan Ketua Sektor Pengurusan Akademik akan
hadir mempengerusikan mesyuarat.

2. Sila bawa bersama senarai nama GC Daerah yang terkini, kerana kita akan
membuat penyenaraian semula dan mengemaskini senarai yang terkini
bagi GC Negeri Perak 2009.


Kehadiran tuan/puan sangatlah dihargai dan didahului jutaan terima kasih.

Sekian,terima kasih.

Daripada :
Syed Mahizan Syed Hashim,
JPN Perak.

Ucapan YDP MGCDHP

Assalamualaikum Tuan PPD
> .
> Saya bagi pihak Majlis Guru Cemerlang Daerah Hilir
> Perak merakamkan ucapan Terima Kasih dan Tahniah kepada Tn.
> Hj. Zulkurnaini bin Hussin, PPD Hilir Perak kerana sudi
> meluangkan sedikit masa bagi mencoretkan Sekapur Sirih dalam
> Blog MGC Hilir Perak ini. Kami, GC Hilir Perak berasa amat
> bertuah dan berbesar hati kerana dapat menatap coretan tuan
> itu, sekaligus coretan tuan itu telah membakar-bangkitkan
> semangat yang mendalam dalam hati kami untuk terus berusaha
> memajukan pendidikan di daerah ini. Kami GC Daerah Hilir
> Perak akan sentiasa bersama tuan, sebagai GCyang sentiasa
> komited dengan tugas mendidik anak-anak watan.
>
>
> Terima Kasih Tuan, segala amanat yang Tuan berikan itu
> tidak akan kami sia-siakan, malah sentiasa mekar dan
> mengharum dalam sanubari kami
>
> Terima Kasih.
> HJ. ALIAS HAMDAN
> YDP MGCHP.

Sunday, May 24, 2009

SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG


SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.


Pada kesempatan ini saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah s.a.w kerana dengan izin-Nya dapat saya mencoretkan sepatah dua kata dalam blog Majlis Guru Cemerlang (MGC) Daerah Hilir Perak Tahun 2009.


Sekalung tahniah diucapkan kepada saf kepimpinan Majlis Guru Cemerlang (MGC) Daerah Hilir Perak kerana berjaya menzahirkan idea mewujudkan blog dan mengumpulkan pemblog (blogger) dalam kalangan Guru Cemerlang itu sendiri. Sesungguhnya, pewujudkan blog seumpama ini amat dialu-alukan dalam usaha kerajaan merancakkan kemudahan ICT dan menggerakkan misi dan visi pendidikan kebangsaan.

Bagi pihak Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak (PPDHPk), tahniah dan syabas sekali lagi atas daya usaha yang proaktif ini. Semoga kemudahan yang disediakan melalui blog ini dapat dijadikan platform bagi GC bertukar-tukar maklumat berlandaskan pengetahuan dan kepakaran dalam bidang masing-masing.


Sekian dan salam hormat


HAJI ZULKURNAINI BIN HUSSIN

PPD Hilir Perak


Ucapan Dr. YDP MGCDHP

Waalaikumussalam WRT.
Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Haji Syed Mahizan atas ucapan tahniah itu.
Kami GC Daerah Hilir Perak akan senantiasa memberikan komitmen yang tidak berbelah bagi kepada tuan dalam usaha memertabatkan GC negeri Perak ini. Kami GC Hilir Perak berasa amat terharu serta menghargai segala kesungguhan dan keperihatinan tuan memberi bimbingan serta tunjuk ajar kepada kami selama ini. Kami amat memahami, bukan mudah tuan mengurus kami. Namun dengan berbekalkan kewibawaan dan pengalaman, tuan dapat melaksanakannya dengan mudah dan berkesan. Tahniah Tuan.
Terima Kasih.
Hj. Alias
MGC Hilir Perak.

Ucapan Tahniah

On 5/22/09, syed mahizan <syed9677@yahoo. com> wrote:

Assalamualaikum. . wrt., dan Salam Sejahtera,
Tn. Hj. Alias,

TAHNIAH.... atau kurniaan PINGAT PENGHORMATAN GURU..
Semoga akan memberi rangsangan dan suntikan kepada semua GC di Negeri Perak.

Terima kasih.

Dr:

Headcount & Post-mortem

Assalamualaikum..wrt dan Salam
> Sejahtera,
> Pn. Hajah Noraini serta semua GC Negeri Perak.
>
> Tuan/puan dan rakan-rakan sekalian,
>
> Bersama-sama ini saya sertakan Bahan Head Count dan
> Post-Mortem untuk dimanfaatkan kepada semua guru GC di
> Negeri Perak.
>
> Head Count dan Post-Mortem adalah satu
> "tool" untuk kita melihat status prestasi
> murid.
> Disarankan semua guru perlu ada Head Count subjek
> masing-masing dan kelas masing-masing.
>
> Dengan ini dapat kita melihat kekuatan dan kelemahan
> murid masing dan seterus merancang dan melaksanakan Pelan
> Tindakan Penambaikan.
>
> Sekian, terima kasih.
>
> Daripada :
>
> Syed Mahizan b. Syed Hashim,
> Sektor Pengurusan Akademik,
> Jabatan Pelajaran Perak.

Thursday, May 21, 2009

Tahniah!

Ucapan Tahniah khas buat YDP dan Guru Cemerlang yang telah dinaikkan gred.

YDP MGC DAERAH HILIR PERAK IAITU TN. HJ. ALIAS B. HAMDAN TELAH DIANUGERAHKAN PINGAT PENGHORMATAN GURU PADA HARI GURU DAERAH HILIR PERAK.

CIKGU PATRICIA DARI MANJUNG TELAH MEMENANGI PENULISAN ESEI BAHASA INGGERIS.

TAHNIAH KEPADA SEMUA GC YANG TELAH MENERIMA KENAIKAN GRED DARI DG 52 KE 54 DI ANTARANYA:

1. PN, SABARIAH DG54
2. PN. KHATIJAH DG54
3. EN. LATIFFI DG52

Semoga akan lebih bersemangat dan dedikasi terhadap tugas masing-masing.

Wednesday, May 20, 2009

Kursus Pembinaan Blog ditangguh

Assalamualaikum.

Kepada GC Daerah Hilir Perak, Kursus pembinaan blog yang dijalankan pada 25 Mai 2009 akan ditangguh ke tarikh yang akan dimaklumkan. Ini kerana J/U yang akan mengendalikan kursus tersebut iaitu En. Sharuddin ada mesyuarat di PPD pada hari tersebut.

Apa-apa maklumat tentang kursu ini akan dimaklumkan kemudian.

Terima kasih.

Saturday, May 16, 2009

Info : Kursus Pembinaan Blog

Kursus Pembinaan blog akan diadakan pada 25/5/2009 (Isnin) di PKG selekoh. Sebarang maklumat lain sila hubungi Pn. Noraini. Senarai nama peserta akan dikeluarkan kemudian.
Terima kasih

MESYUARAT JK MGC PERAK BIL 2/2009

13/5/2009 Mesyuarat JK MGC PERAK BIL 2/2009 telah diadakan di PPD Kuala Kangsar.

Harapan Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Perak:
1. GC adalah aset Negeri Perak dalam pendidikan.
2. Peningkatan prestasi peperiksaan awam adalah peranan GC
3. GG seramai 453 org – semua mempunyai peranan - utk meningkatkan prestasi awam

Harapan Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Perak:
1. GC perlu meningkatkan prestasi mpelajaran kepakaran di sekolah sendiri, daerah dan negeri.
2. GC perlu meningkatkan prestasi peperiksaan awam di sekolah sendiri.
3. GC mesti mempunyai aura/ kebitaraan sendiri - impak seorang /sekumpulan GCdalam kalangan masyarakat pendidikan dan luar.
4. GC perlu bersifat kecemerlangan berterusan.

Harapan Ketua Sektor Pengurusan Akademik:
1. Peningkatan Peperiksaan awam – UPSR, PMR, SPM & STPM – tindakan mengikut bidang.
2. Sumbangan GC untuk meningkatkan prestasi peperiksaan mata pelajaran masing-masing.
3. Masalah kemahiran asas – 3M
4. Peranan GC di sekolah dan daerah masing-masing.


Ucapan Tn. Hj. Syed Mahizan:
1. Seorang guru yang berketrampilan mesti mempunyai 4 perkara:
1.1. Pengetahuan mata pelajaran
1.2. Pengetahuan kurikulum (SP dan HSP)
1.3. Pengetahuan Penilaian dan Pentaksiran
1.4. Pengetahuan Pedagogi P&P
2. Persoalan : bagaimana /punca untuk meningkatkan prestasi peperiksaan awam?
3. Fokus Perancangan Program MGC Perak 2009 ialah
3.1. Peningkatan prestasi mata pelajaran GC di sekolah
3.2. Program Pembestarian Guru
3.3. Projek/inovasi/ Kajian Tindakan GC
3.4. Program Khidmat Bantu GC
3.5. Dikosongkan satu hari waktu P&P GC di sekolah
3.6. Peningkatan Profesionalisme GC
4. Semua Program MGC diserahkan kepada YDP daerah masing-masing untuk dilaksanakan.
5. Program Peningkatan Profesionalisme GC Negeri Perak 2009 diadakan:
5.1. Zon Selatan pada 18 Jun 2009 di Hotel Hillcity, Ipoh
5.2. Zon Utara pada 22 Jun 2009 di Hotel Seri Malaysia, Taiping

Ucapan YDP MGC Perak:
1. Tambah kewangan GC : semua Guru Cemerlang wajib membeli 3 buah buku pengeluaran GC yang bernilai RM 75 ( 3 buah buku)
1.1. Amalan P&P RM 32
1.2. Antologi cerpen GC RM 28
1.3. Buku Bahasa Melayu RM15
Bayaran perlu dibuat sebelum 15 JUN 2009

Ucapan Hari Guru Dari YDP MGCDHP


SAYA MENGAMBIL KESEMPATAN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU, KHUSUSNYA GURU-GURU DAERAH HILIR PERAK.
MARILAH KITA BERSAMA-SAMA BERMUHASABAH DIRI, MEMBILANG DAN MENGHITUNG SEGALA AKTIVITI YANG TELAH DAN SEDANG KITA JALANI. SEMOGA TAHUN INI LEBIH BAIK DARIPADA TAHUN SEMALAM YANG KITA LALUI, KITA TETAP GURU WALAU DIMANA KITA BERADA DAN SEMUANYA SENTIASA KEKAL DALAM HATI.

BELURU BUKAN SEBARANG BELURU
BUNGA GEDAUNG BUNGA GEDANGSA
GURU BUKAN SEBARANG GURU
SEBAGAI PENAUNG NEGARA DAN BANGSA.

BERSAMA-SAMA INI SAYA TITIPKAN SEBUAH PUISI SEBAGAI KENANGAN YANG ABADI.
SEKIAN, TERIMA KASIH.
HAJI ALIAS HAMDAN
YDP MGC HILIR PERAK.

Friday, May 15, 2009

SELAMAT HARI GURU

Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979

Monday, May 11, 2009

LAGU TEMA HARI GURU 2009

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia


Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

Sunday, May 10, 2009

KURSUS PEMBINAAN BLOG GC

KURSUS BERKENAAN AKAN DIADAKAN PADA 23/5/2009 DI PKG SELEKOH.
GURU CEMERLANG DAERAH HILIR PERAK YG BERMINAT DAN MEMPUNYAI EMAIL BOLEHLAH EMAIL KEPADA SAYA SEBELUM 15/5/2009. BUTIR YANG DIPERLUKAN:

1. NAMA PENUH
2. NO. IC
3. ALAMAT SEKOLAH
4. NO. HP.
5. MATA PELAJARAN KEPAKARAN.

SAYA AKAN CUBA MEMASUKKAN NAMA TUAN PUAN MENGIKUT MATA PELAJARAN. JIKA SEKIRANYA TUAN/PUAN TIDAK DIPANGGIL UTK KURSUS KALI INI MUNGKIN PADA KURSUS SIRI KE2. TK

Daripada : Pn. Noraini

BULETIN GC : HARAPAN YDP MGC Hilir PeraK

Tahniah Cikgu Amenuddin, Idea bernas dan mendapat sambutan!
Bolehlah kita, mulai hari ni, merancang- rancang sesama kita untuk menjayakan projek ni. Diharap semua GC Hilir Perak membuat persiapan bahan yang boleh kita sumbangkan dalam Buletin GC Perak tersebut. Kerja sama tuan amat dihargai, terima kasih.

YDP MGC Hilir Perak.

TINDAKAN YDP NEGERI SEBELUM JULAI 2009

1. Persidangan Kebangsaan akan diadakan pada 21 - 24 Julai

2. Mesyuarat Agung Negeri perlu dilaksanakan sebelum persidangan kebangsaan iaitu bulan Julai utk tidak ada perubahan sebelum persidangan.
3. Tambah kewangan GC : semua Guru Cemerlang wajib membeli 3 buah buku pengeluaran GC yang bernilai RM 75 ( 3 buah buku)
3.1. Amalan P&P RM 32
3.2. Antologi cerpen GC RM 28
3.3. Buku Bahasa Melayu RM15

4. Mudahkan kutipan bayaran GC buku – cadangan setiap YDP negeri – melantik seorang GC mengendalikan 10 GC yang lain.

5. Bayaran semua kos buku RM75 X bilangan GC negeri Perak kepada bendahari MGC sebelum 30 Jun

6. Mohon semua GC mata pelajaran menyumbang sebarang bahan P&P, bahan murid, inovasi dll yang boleh dimanfaatkan dlm pendidikan untuk dimasukkan dalam Blog Pakar Runding Guru Cemerlang Malaysia. Bahan boleh diemailkan kepada ainihass@ymail. com

Monday, May 4, 2009

LAGU GURU MALAYSIA

KAMI GURU MALAYSIA
BERIKRAR DAN BERJANJI
MENDIDIK DAN MEMIMPIN
PUTERA PUTERI NEGARA KITA

PADA SERI PADUKA
KAMI TUMPAHKAN SETIA
RUKUN NEGARA KITA
PANDUAN HIDUP KAMI SEMUA

DIBIDANG PEMBANGUNAN
KEMI TETAP BERSAMA
MEMBANTU... MEMBINA...
NEGARA YANG TERCINTA

AMANAH YANG DIBERI
KAMI TAK PERSIAKAN
APA YANG KAMI JANJI
TUNAI TETAP KAMI TUNAIKAN

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

Sunday, May 3, 2009

Kursus Orientasi GC 2009

Program Peningkatan Profesionalisme Guru Cemerlang 2009
Kursus Orientasi Guru Cemerlang

Tarikh : 11 April - 16 April 2009
Tempat : Teluk Dalam Resort
Penyertaan : 60 Orang GC dari Kedah, Pulau Pinang & Perak (4 Orang wakil dari Hilir Perak)
Anjuran : BPG & JNJK

Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan dalam kursus ini. Antara aktiviti yang dijalankan adalah

  • Penerangan peranan & tanggungjawab GC]
  • Penerangan kandungan buku Terma Rujukan Konsep Guru Cemerlang
  • Pena GC
  • Kepimpinan instrucsional
  • Ekspedisi rimba & samudera

Banyak pendedahan yang diberikan amat berguna untuk Guru Cemerlang merealisasikan tugas & tanggungjawab yang diamanahkan.

Ucapan Tahniah Drpd Peg. Penyelaras GC Perak

Salam,
Pn. Hj. Noraini serta JK MGC Daerah Hilir Perak,

Jabatan Pelajaran Perak mengucapkan syabas dan tahniah kepada MGC Hilir Perak kerana telah berjaya membina BLOG MGC DAERAH HILIR PERAK .

Semoga melalui blog ini akan dapat memberi banyak input dan maklumat tentang program dan maklumat MGC serta sebagai satu forum perkongsian maklumat dalam kalangan guru-guru Hilir Perak khasnya dan guru-guru serantau dunia amnya.

Sekian, terima kasih.

Salam Hormat daripada :
SYED MAHIZAN BIN SYED HASHIM,
Pegawai Penyelaras GC Negeri Perak..

Thursday, April 30, 2009

Kursus Pembinaan Blog

Pada Bulan MEI nanti akan diadakan satu Kursus bagi Pembinaan BLOG. Kursus tersebut akan melibatkan 30 orang GC Daerah Hilir Perak. Keutamaan penyertaan akan diberikan kepada GC yang telah mempunyai email sendiri. Peserta akan dipilih oleh Jawatankuasa MGC Hilir Perak.

Baju Batik Rasmi MGC DHP

Jawatankuasa MGC Daerah Hilir Perak telah membuat tempahan bagi Baju Batik rasmi untuk Guru Cemerlang DHP.

Untuk makluman semua GC, berikut adalah senarai harga bagi Baju tersebut.

Baju Batik LELAKI RM 130.
Baju Batik PREMPUAN RM180.

HARAP GC BERSEDIA UNTUK KOS PEMBAYARAN.

KURSUS eduWEB

Kursus EDUWEBTV
Tarikh : 28 - 30 April 2009
Tempat : Hotel Grand kampar, Kampar.
Penyertaan :
Anjuran :

Pada 28 hingga 30 April yang lepas beberapa orang Guru Cemerlang dari Daerah Hilir Perak telah menyertai Kursus EDUWEB yang diadakan di Hotel Grand Kampar, Perak

Kursus ini memberi pendedahan tentang penggunaan EDUWEBtv dalam p engajaran & pembelajaran.

Senarai nama GC Daerah Hilir Perak (SM)

Bil Nama Sekolah Gred Mata Pelajaran
1 NORAINI BINTI HASBOLLAH SMK SERI PERAK, TELUK INTAN JUSA C GEOGRAFI
2 ALIAS BIN HAMDAN @ HAMDZAN SMK SUNGAI MANIK, TELUK INTAN DG48 KSASTRAAN MELAYU
3 NOORIDZAN BINTI MOHD ZAIN SMK SERI MUARA, BAGAN DATOH DG48 BAHASA MELAYU
4 ELIAS BIN ABDUL HAMID SMK ABDUL RAHMAN TALIB, TELUK INTAN DG48 MATEMATIK
5 CHEW GEOK FUNG SMK ABDUL RAHMAN TALIB, TELUK INTAN DG48 PERAKAUNAN
6 FAUZIAH BINTI ABD GHANI SMK CONVENT, TELUK INTAN DG48 BAHASA INGGERIS
7 SITI HAWA BINTI YUNUS @ JUNOR SMK SERI MUARA, BAGAN DATOH DG48 EKONOMI
8 CLEOME CHOOI TSUI LYN SMK SERI PERAK, TELUK INTAN DG48 BAHASA INGGERIS
9 ROS AZMI BIN SHAARI SMK TUN ABD RAZAK, SELEKOH DG48 BAHASA MELAYU
10 MOHD HELMI BIN MUSA SMK HUTAN MELINTANG, HUTAN MELINTANG. DG44 BAHASA MELAYU
11 TANG CHEOW SOH SMK SAN MIN, TELUK INTAN. DG44 FIZIK
12 NORMAH BINTI DALI SMK TUN ABD RAZAK, SELEKOH. DG44 GEOGRAFI
13 RAJA JAMALIAH BINTI RAJA SAIGON SMK SULTAN ABDULLAH, CHENDERUNG BALAI. DG44 KIMIA
14 SITI RUSZIYATUN BINTI NGASARI SMK SULTAN ABDUL AZIZ, TELUK INTAN DG44 PERTANIAN
15 MASHITAH BT. HARUN SMK ABDUL RAHMAN TALIB, TELUK INTAN DG44 B. INGGERIS
16 AINI HAYATI SMK TUN ABD RAZAK, SELEKOH DG44 GEOGRAFI
17 FARIZAN BT. AMIT SMK HUTAN MELINTANG, HUTAN MELINTANG. DG44 KHB
18 NOR HAILE BT. MAHPOT SMK. KHIR JOHARI, SG. SUMUN DG44 BIOLOGI
19 ISWARY A/P MUNUSAMY SMK. KHIR JOHARI, SG. SUMUN DG44 KIMIA
20 FAUZIAH BT. DAUD SMK. SERI SETIA, TELUK INTAN DG44 BIM & KAUN.
21 ROSLAN B. SULAIMAN SMK. SERI SETIA, TELUK INTAN DG44 SAINS
22 NUR AZIZAH BINTI JAAFAR SIDEK SMK. KHIR JOHARI, SG. SUMUN DG44 TEKNOLOGI MAKLUMAT
23 EFFA RINA BINTI MOHD MATORE SMK. KHIR JOHARI, SG. SUMUN DG44 BIM & KAUN.
24 MOHD ANUAR BIN MOHD SALLEH SMK. KHIR JOHARI, SG. SUMUN DG44 PENDIDIKAN ISLAM
25 PARAMESWARI A/P SARATHEE SMK. SERI SETIA, TELUK INTAN DG44 BAHASA INGGERIS
26 ROHANI BINTI ALIAS SMK. SERI SETIA, TELUK INTAN DG44 BAHASA MELAYU
27 THANGAM A/P RAJA GOPAL SMK SAN MIN, TELUK INTAN DG44 BAHASA INGGERIS
28 AMENUDDIN BIN ABDUL AZIZ SK HUTAN MELINTANG, HUTAN MELINTANG. DGA34 BAHASA MELAYU
29 MAHANUM BINTI ISMAIL SK SELABAK, TELUK INTAN. DGA34 BAHASA MELAYU
30 HO PENG SHANG SMK SULTAN ABDUL AZIZ, TELUK INTAN DGA34 GEOGRAFI

Senarai Nama GC Daerah Hilir Perak (SK)

Bil Nama Sekolah Gred Mata Pelajaran
1 AMENUDDIN BIN ABDUL AZIZ SK HUTAN MELINTANG, HUTAN MELINTANG. DGA34 BAHASA MELAYU
2 MAHANUM BINTI ISMAIL SK SELABAK, TELUK INTAN. DGA34 BAHASA MELAYU
3 ABDUL RAHIM BIN MD SALLEH SK KAMPUNG BAHAGIA, TELUK INTAN. DGA34 MATEMATIK
4 JAAFAR BIN KASSIM SK ST ANTHONY, TELUK INTAN DGA34 MATEMATIK
5 MAHADI KAMIL BIN MOKHTAR SK SUNGAI BATANG, SELEKOH. DGA34 MATEMATIK
6 MD. RAMLI SABRAN SK SUNGAI TUNGKU, TELUK INTAN DGA34 BAHASA MELAYU
7 KUMARAN A/L THULAISI SK SUNGAI PULAU, HUTAN MELINTANG. DGA32 BAHASA INGGERIS
8 PARIMALA A/P KRISHNAN SK DATO' YAHYA SUBBAN, CHENDERONG BALAI. DGA32 BAHASA INGGERIS
9 SALMAH BINTI AHMAD SK SELABAK, TELUK INTAN. DGA32 BAHASA INGGERIS
10 HAZRIN BIN HUSSIN SK SUNGAI BATANG, SELEKOH. DGA32 BAHASA MELAYU
11 MINAH BINTI DAWI SK SERI SETIA, TELUK INTAN. DGA32 BAHASA MELAYU
12 MOHAMMAD MOKHTAR BIN YUNOS SK HUTAN MELINTANG, HUTAN MELINTANG DGA32 BAHASA MELAYU
13 MOHD PUAD BIN SAMSUDIN SK SUNGAI TUKANG SIDIN, CHIKUS. DGA32 BAHASA MELAYU
14 NORAINI BINTI HUSAIN SK CONVENT, TELUK INTAN. DGA32 BAHASA MELAYU
15 JEYAH PIRIYAH A/P KANIAPAN SJK(T) SITHAMBARAM PILLAY, TELUK INTAN. DGA32 BAHASA TAMIL
16 SUSEELA A/P PALAYATHAN SJK(T) THIRUVALLUVAR, TELUK INTAN DGA32 BAHASA TAMIL
17 MOHD AZMAN BIN MAT NOH SK SUNGAI JEJAWI, TELUK INTAN DGA32 MATEMATIK
18 MOHD ZUBAIDI BIN MAHMUD SK SUNGAI SUMUN, SUNGAI SUMUN. DGA32 MATEMATIK
19 MUHAMMAD FADZLI BIN MAT ZAIN SK SUNGAI SAMAK, HUTAN MELINTANG. DGA32 MATEMATIK
20 TAN PENG EIK SK SERI SETIA, TELUK INTAN DGA32 MATEMATIK
21 MOHD SHUKRI BIN ABU SAMAH SK SUNGAI TUKANG SIDIN, CHIKUS DGA32 PENDIDIKAN ISLAM
22 MOHD TAUHID B. MOHD TAHIR SK SUNGAI BATANG, SELEKOH. DGA32 PENDIDIKAN ISLAM
23 RUSLIAH BT SAAD SK SUNGAI JEJAWI, TELUK INTAN. DGA32 PENDIDIKAN ISLAM
24 SITI MARYANI BT. MOHD. EHWAL SK SUNGAI RANGGAM, KOTA SETIA, TELUK INTAN. DGA32 PENDIDIKAN ISLAM
25 MD MAHYUDDIN BIN MOHD YUSOF SK DATO' YAHYA SUBBAN, CHENDERONG BALAI DGA32 PENDIDIKAN KHAS
26 SITI RABUNAH BT MUSA SK SUNGAI JEJAWI, TELUK INTAN. DGA32 PRA SEKOLAH
27 AZLINA BINTI AHMAD SK SELABAK, TELUK INTAN. DGA32 SAINS
28 AZLINA KAMA BINTI MAT LAZIM SK SUNGAI KERAWAI, TELUK INTAN. DGA32 SAINS
29 MOHD TAIB BIN MAHADI SK SUNGAI TUNGKU, TELUK INTAN DGA32 SAINS
30 NOR SAMSIAH BINTI OMAR SK TANJONG BAYAN, HUTAN MELINTANG. DGA32 SAINS
31 UMI-KALSUM BINTI ISHAK SK SIMPANG EMPAT, HUTAN MELINTANG. DGA32 SAINS
32 AZIZAH BT. RAMLI SK. ST. ANTHONY , TELUK INTAN DGA32 BAHASA MELAYU
33 MOHAMAD DAUD B. SHAMSUDDIN SK. TUKANG SIDIN, CHIKUS DGA32 BAHASA MELAYU
My photo
Teluk Intan, Perak, Malaysia
mgchp@yahoo.com.my Facebook : Dhp Mgc

Followers