Friday, December 18, 2009

Laporan Pendidikan

Laporan Pendidikan

Antara laporan-laporan yang merupakan langkah awal kearah pembentukan
ke arah pembentukan satu sistem pendidikan Kebangsaan di negara ini
ialah:-
a) Laporan
Razak (1957)

Dengan tercapainya kemerdekaan pada tahun 1957 ,batu asas bagi Dasar
Pendidikan Kebangsaan telah diletakkan. Batu asas kepada pendidikan
Kebangsaan terkandung dalam ordinan 1957 yang lebih terkenal dengan
Laporan Razak. Tiga aspek dasar yang penting terkandung dalam laporan
ini ialah :-

# Pembentukan sistem pendidikan Kebangsaan .
# Pengakuan matlamat akhir bahawa bahasa Malaysia
menjadi bahasa pengantar utama .
# Permulaan kurikulum yang berorientasikan alam
persekitaran Malaysia.

Tujuan utama sistem pendidikan kebangsaan ialah untuk melahirkan
masyarakat yang mempunyai sikap toleransi. Penggunaan satu bahasa di
semua peringkat pendidikan sehingga tahun 1982 juga bertujuan untuk
menyatupadukan seluruh rakyat. Aspek ketiga di dalam laporan ini
bertujuan untuk memberi tumpuan kepada fakta-fakta pengajaran yang
mengandungi pengertian, pandangan hidup, norma, dan nilai yang
berlandaskan alam Malaysia.
b)
Laporan Rahman Talib (1960)

Laporan Talib yang diperakukan dalam Akta Pendidikan 1961 telah
mengabdikan cita-cita yang terkandung dalam Laporan Razak dan
menggariskan hasrat sistem pendidikan Kebangsaan yang terdapat
sekarang. Terdapat empat aspek penting dalam laporan iniiaitu:-

# Menjadi titik permulaan ke arab pelaksanaan bahasa Malaysia sebagai
bahasa pengantar utama dan proses
penukaran bahasa pengantar.
# Mewujudkan sistem peperiksaan persekolahan yang
sarna walaupun berlainan bahasa di peringkat rendah ,

menengah,dan menengah atas
# Memberi penekanan kepada pendidikan teknik dan
vokasional untuk keperluan tenaga mahir .
# Memberi penekanan kepada pendidikan moral dan
keagamaan untuk keperluan kerohanian sebagai teras.
c)
Laporan Kabinet (1979 )

Setelah beberapa tahun sistem pendidikan yang berteraskan Laporan
Rahman Talib dilaksanakan. Satu kajian telah dijalankan untuk mengkaji
pelajaran dalam menyahut cabaran sains dan teknologi dan Dasar Ekonomi
Baru. Hasil Kajian ini terdapat dalam Laporan kabinet 1979. Enam aspek
penting yang perlu diberi perhatian ialah :-
# Penegasan kepada paradigma kurikulum ala Malaysia.
# Penegasan kepada pendidikan asas dalam 3M
(membaca, menulis dan mengira ) dan pengajaran pemulihan.
# Pelajaran menengah atas melalui saluran akademik
dan vokasional.
# Peluang melanjutkan pelajaran dari 9-11 tahun
# Pendidikan kerohanian yang kukuh.
# Peningkatan keseluruhan mutu pelajaran.

No comments:

Post a Comment

My photo
Teluk Intan, Perak, Malaysia
mgchp@yahoo.com.my Facebook : Dhp Mgc

Followers