
SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Pada kesempatan ini saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah s.a.w kerana dengan izin-Nya dapat saya mencoretkan sepatah dua kata dalam blog Majlis Guru Cemerlang (MGC) Daerah Hilir Perak Tahun 2009.
Sekalung tahniah diucapkan kepada saf kepimpinan Majlis Guru Cemerlang (MGC) Daerah Hilir Perak kerana berjaya menzahirkan idea mewujudkan blog dan mengumpulkan pemblog (blogger) dalam kalangan Guru Cemerlang itu sendiri. Sesungguhnya, pewujudkan blog seumpama ini amat dialu-alukan dalam usaha kerajaan merancakkan kemudahan ICT dan menggerakkan misi dan visi pendidikan kebangsaan.
Bagi pihak Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak (PPDHPk), tahniah dan syabas sekali lagi atas daya usaha yang proaktif ini. Semoga kemudahan yang disediakan melalui blog ini dapat dijadikan platform bagi GC bertukar-tukar maklumat berlandaskan pengetahuan dan kepakaran dalam bidang masing-masing.
Sekian dan salam hormat
HAJI ZULKURNAINI BIN HUSSIN
PPD Hilir Perak
No comments:
Post a Comment