Wednesday, May 27, 2009

Makluman : Mesyuarat JK MGC Negeri Perak

Assalamualaikum. ..wrt. dan Salam Sejahtera.

Kepada :
Semua JK MGC Negeri Perak.

Tuan/puan,

1. Mesyuarat yang tersebut di atas akan diadakan pada 1 - 2 Jun 2009 di Hotel
Hillcity, Ipoh. Mesyuarat bermula pada 1 Jun 2009, jam 3.00 petang.
Tuan/puan diminta hadir tepat pada masa yang ditetapkan, jam 3.00 petang
pada 1 Jun 2009 kerana Tuan Ketua Sektor Pengurusan Akademik akan
hadir mempengerusikan mesyuarat.

2. Sila bawa bersama senarai nama GC Daerah yang terkini, kerana kita akan
membuat penyenaraian semula dan mengemaskini senarai yang terkini
bagi GC Negeri Perak 2009.


Kehadiran tuan/puan sangatlah dihargai dan didahului jutaan terima kasih.

Sekian,terima kasih.

Daripada :
Syed Mahizan Syed Hashim,
JPN Perak.

Ucapan YDP MGCDHP

Assalamualaikum Tuan PPD
> .
> Saya bagi pihak Majlis Guru Cemerlang Daerah Hilir
> Perak merakamkan ucapan Terima Kasih dan Tahniah kepada Tn.
> Hj. Zulkurnaini bin Hussin, PPD Hilir Perak kerana sudi
> meluangkan sedikit masa bagi mencoretkan Sekapur Sirih dalam
> Blog MGC Hilir Perak ini. Kami, GC Hilir Perak berasa amat
> bertuah dan berbesar hati kerana dapat menatap coretan tuan
> itu, sekaligus coretan tuan itu telah membakar-bangkitkan
> semangat yang mendalam dalam hati kami untuk terus berusaha
> memajukan pendidikan di daerah ini. Kami GC Daerah Hilir
> Perak akan sentiasa bersama tuan, sebagai GCyang sentiasa
> komited dengan tugas mendidik anak-anak watan.
>
>
> Terima Kasih Tuan, segala amanat yang Tuan berikan itu
> tidak akan kami sia-siakan, malah sentiasa mekar dan
> mengharum dalam sanubari kami
>
> Terima Kasih.
> HJ. ALIAS HAMDAN
> YDP MGCHP.

Sunday, May 24, 2009

SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG


SEKAPUR SIRIH SEULAS PINANG


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.


Pada kesempatan ini saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah s.a.w kerana dengan izin-Nya dapat saya mencoretkan sepatah dua kata dalam blog Majlis Guru Cemerlang (MGC) Daerah Hilir Perak Tahun 2009.


Sekalung tahniah diucapkan kepada saf kepimpinan Majlis Guru Cemerlang (MGC) Daerah Hilir Perak kerana berjaya menzahirkan idea mewujudkan blog dan mengumpulkan pemblog (blogger) dalam kalangan Guru Cemerlang itu sendiri. Sesungguhnya, pewujudkan blog seumpama ini amat dialu-alukan dalam usaha kerajaan merancakkan kemudahan ICT dan menggerakkan misi dan visi pendidikan kebangsaan.

Bagi pihak Pejabat Pelajaran Daerah Hilir Perak (PPDHPk), tahniah dan syabas sekali lagi atas daya usaha yang proaktif ini. Semoga kemudahan yang disediakan melalui blog ini dapat dijadikan platform bagi GC bertukar-tukar maklumat berlandaskan pengetahuan dan kepakaran dalam bidang masing-masing.


Sekian dan salam hormat


HAJI ZULKURNAINI BIN HUSSIN

PPD Hilir Perak


Ucapan Dr. YDP MGCDHP

Waalaikumussalam WRT.
Terima kasih saya ucapkan kepada Tuan Haji Syed Mahizan atas ucapan tahniah itu.
Kami GC Daerah Hilir Perak akan senantiasa memberikan komitmen yang tidak berbelah bagi kepada tuan dalam usaha memertabatkan GC negeri Perak ini. Kami GC Hilir Perak berasa amat terharu serta menghargai segala kesungguhan dan keperihatinan tuan memberi bimbingan serta tunjuk ajar kepada kami selama ini. Kami amat memahami, bukan mudah tuan mengurus kami. Namun dengan berbekalkan kewibawaan dan pengalaman, tuan dapat melaksanakannya dengan mudah dan berkesan. Tahniah Tuan.
Terima Kasih.
Hj. Alias
MGC Hilir Perak.

Ucapan Tahniah

On 5/22/09, syed mahizan <syed9677@yahoo. com> wrote:

Assalamualaikum. . wrt., dan Salam Sejahtera,
Tn. Hj. Alias,

TAHNIAH.... atau kurniaan PINGAT PENGHORMATAN GURU..
Semoga akan memberi rangsangan dan suntikan kepada semua GC di Negeri Perak.

Terima kasih.

Dr:

Headcount & Post-mortem

Assalamualaikum..wrt dan Salam
> Sejahtera,
> Pn. Hajah Noraini serta semua GC Negeri Perak.
>
> Tuan/puan dan rakan-rakan sekalian,
>
> Bersama-sama ini saya sertakan Bahan Head Count dan
> Post-Mortem untuk dimanfaatkan kepada semua guru GC di
> Negeri Perak.
>
> Head Count dan Post-Mortem adalah satu
> "tool" untuk kita melihat status prestasi
> murid.
> Disarankan semua guru perlu ada Head Count subjek
> masing-masing dan kelas masing-masing.
>
> Dengan ini dapat kita melihat kekuatan dan kelemahan
> murid masing dan seterus merancang dan melaksanakan Pelan
> Tindakan Penambaikan.
>
> Sekian, terima kasih.
>
> Daripada :
>
> Syed Mahizan b. Syed Hashim,
> Sektor Pengurusan Akademik,
> Jabatan Pelajaran Perak.

Thursday, May 21, 2009

Tahniah!

Ucapan Tahniah khas buat YDP dan Guru Cemerlang yang telah dinaikkan gred.

YDP MGC DAERAH HILIR PERAK IAITU TN. HJ. ALIAS B. HAMDAN TELAH DIANUGERAHKAN PINGAT PENGHORMATAN GURU PADA HARI GURU DAERAH HILIR PERAK.

CIKGU PATRICIA DARI MANJUNG TELAH MEMENANGI PENULISAN ESEI BAHASA INGGERIS.

TAHNIAH KEPADA SEMUA GC YANG TELAH MENERIMA KENAIKAN GRED DARI DG 52 KE 54 DI ANTARANYA:

1. PN, SABARIAH DG54
2. PN. KHATIJAH DG54
3. EN. LATIFFI DG52

Semoga akan lebih bersemangat dan dedikasi terhadap tugas masing-masing.

Wednesday, May 20, 2009

Kursus Pembinaan Blog ditangguh

Assalamualaikum.

Kepada GC Daerah Hilir Perak, Kursus pembinaan blog yang dijalankan pada 25 Mai 2009 akan ditangguh ke tarikh yang akan dimaklumkan. Ini kerana J/U yang akan mengendalikan kursus tersebut iaitu En. Sharuddin ada mesyuarat di PPD pada hari tersebut.

Apa-apa maklumat tentang kursu ini akan dimaklumkan kemudian.

Terima kasih.

Saturday, May 16, 2009

Info : Kursus Pembinaan Blog

Kursus Pembinaan blog akan diadakan pada 25/5/2009 (Isnin) di PKG selekoh. Sebarang maklumat lain sila hubungi Pn. Noraini. Senarai nama peserta akan dikeluarkan kemudian.
Terima kasih

MESYUARAT JK MGC PERAK BIL 2/2009

13/5/2009 Mesyuarat JK MGC PERAK BIL 2/2009 telah diadakan di PPD Kuala Kangsar.

Harapan Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Perak:
1. GC adalah aset Negeri Perak dalam pendidikan.
2. Peningkatan prestasi peperiksaan awam adalah peranan GC
3. GG seramai 453 org – semua mempunyai peranan - utk meningkatkan prestasi awam

Harapan Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri Perak:
1. GC perlu meningkatkan prestasi mpelajaran kepakaran di sekolah sendiri, daerah dan negeri.
2. GC perlu meningkatkan prestasi peperiksaan awam di sekolah sendiri.
3. GC mesti mempunyai aura/ kebitaraan sendiri - impak seorang /sekumpulan GCdalam kalangan masyarakat pendidikan dan luar.
4. GC perlu bersifat kecemerlangan berterusan.

Harapan Ketua Sektor Pengurusan Akademik:
1. Peningkatan Peperiksaan awam – UPSR, PMR, SPM & STPM – tindakan mengikut bidang.
2. Sumbangan GC untuk meningkatkan prestasi peperiksaan mata pelajaran masing-masing.
3. Masalah kemahiran asas – 3M
4. Peranan GC di sekolah dan daerah masing-masing.


Ucapan Tn. Hj. Syed Mahizan:
1. Seorang guru yang berketrampilan mesti mempunyai 4 perkara:
1.1. Pengetahuan mata pelajaran
1.2. Pengetahuan kurikulum (SP dan HSP)
1.3. Pengetahuan Penilaian dan Pentaksiran
1.4. Pengetahuan Pedagogi P&P
2. Persoalan : bagaimana /punca untuk meningkatkan prestasi peperiksaan awam?
3. Fokus Perancangan Program MGC Perak 2009 ialah
3.1. Peningkatan prestasi mata pelajaran GC di sekolah
3.2. Program Pembestarian Guru
3.3. Projek/inovasi/ Kajian Tindakan GC
3.4. Program Khidmat Bantu GC
3.5. Dikosongkan satu hari waktu P&P GC di sekolah
3.6. Peningkatan Profesionalisme GC
4. Semua Program MGC diserahkan kepada YDP daerah masing-masing untuk dilaksanakan.
5. Program Peningkatan Profesionalisme GC Negeri Perak 2009 diadakan:
5.1. Zon Selatan pada 18 Jun 2009 di Hotel Hillcity, Ipoh
5.2. Zon Utara pada 22 Jun 2009 di Hotel Seri Malaysia, Taiping

Ucapan YDP MGC Perak:
1. Tambah kewangan GC : semua Guru Cemerlang wajib membeli 3 buah buku pengeluaran GC yang bernilai RM 75 ( 3 buah buku)
1.1. Amalan P&P RM 32
1.2. Antologi cerpen GC RM 28
1.3. Buku Bahasa Melayu RM15
Bayaran perlu dibuat sebelum 15 JUN 2009

Ucapan Hari Guru Dari YDP MGCDHP


SAYA MENGAMBIL KESEMPATAN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI GURU KEPADA SEMUA GURU, KHUSUSNYA GURU-GURU DAERAH HILIR PERAK.
MARILAH KITA BERSAMA-SAMA BERMUHASABAH DIRI, MEMBILANG DAN MENGHITUNG SEGALA AKTIVITI YANG TELAH DAN SEDANG KITA JALANI. SEMOGA TAHUN INI LEBIH BAIK DARIPADA TAHUN SEMALAM YANG KITA LALUI, KITA TETAP GURU WALAU DIMANA KITA BERADA DAN SEMUANYA SENTIASA KEKAL DALAM HATI.

BELURU BUKAN SEBARANG BELURU
BUNGA GEDAUNG BUNGA GEDANGSA
GURU BUKAN SEBARANG GURU
SEBAGAI PENAUNG NEGARA DAN BANGSA.

BERSAMA-SAMA INI SAYA TITIPKAN SEBUAH PUISI SEBAGAI KENANGAN YANG ABADI.
SEKIAN, TERIMA KASIH.
HAJI ALIAS HAMDAN
YDP MGC HILIR PERAK.

Friday, May 15, 2009

SELAMAT HARI GURU

Guru oh Guru

Berburu ke padang datar,
Dapat rusa belang kaki;
Berguru kepalang ajar,
Ibarat bunga kembang tak jadi.

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum menjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetlaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di lbu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakill seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

Usman Awang
1979

Monday, May 11, 2009

LAGU TEMA HARI GURU 2009

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia


Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

Sunday, May 10, 2009

KURSUS PEMBINAAN BLOG GC

KURSUS BERKENAAN AKAN DIADAKAN PADA 23/5/2009 DI PKG SELEKOH.
GURU CEMERLANG DAERAH HILIR PERAK YG BERMINAT DAN MEMPUNYAI EMAIL BOLEHLAH EMAIL KEPADA SAYA SEBELUM 15/5/2009. BUTIR YANG DIPERLUKAN:

1. NAMA PENUH
2. NO. IC
3. ALAMAT SEKOLAH
4. NO. HP.
5. MATA PELAJARAN KEPAKARAN.

SAYA AKAN CUBA MEMASUKKAN NAMA TUAN PUAN MENGIKUT MATA PELAJARAN. JIKA SEKIRANYA TUAN/PUAN TIDAK DIPANGGIL UTK KURSUS KALI INI MUNGKIN PADA KURSUS SIRI KE2. TK

Daripada : Pn. Noraini

BULETIN GC : HARAPAN YDP MGC Hilir PeraK

Tahniah Cikgu Amenuddin, Idea bernas dan mendapat sambutan!
Bolehlah kita, mulai hari ni, merancang- rancang sesama kita untuk menjayakan projek ni. Diharap semua GC Hilir Perak membuat persiapan bahan yang boleh kita sumbangkan dalam Buletin GC Perak tersebut. Kerja sama tuan amat dihargai, terima kasih.

YDP MGC Hilir Perak.

TINDAKAN YDP NEGERI SEBELUM JULAI 2009

1. Persidangan Kebangsaan akan diadakan pada 21 - 24 Julai

2. Mesyuarat Agung Negeri perlu dilaksanakan sebelum persidangan kebangsaan iaitu bulan Julai utk tidak ada perubahan sebelum persidangan.
3. Tambah kewangan GC : semua Guru Cemerlang wajib membeli 3 buah buku pengeluaran GC yang bernilai RM 75 ( 3 buah buku)
3.1. Amalan P&P RM 32
3.2. Antologi cerpen GC RM 28
3.3. Buku Bahasa Melayu RM15

4. Mudahkan kutipan bayaran GC buku – cadangan setiap YDP negeri – melantik seorang GC mengendalikan 10 GC yang lain.

5. Bayaran semua kos buku RM75 X bilangan GC negeri Perak kepada bendahari MGC sebelum 30 Jun

6. Mohon semua GC mata pelajaran menyumbang sebarang bahan P&P, bahan murid, inovasi dll yang boleh dimanfaatkan dlm pendidikan untuk dimasukkan dalam Blog Pakar Runding Guru Cemerlang Malaysia. Bahan boleh diemailkan kepada ainihass@ymail. com

Monday, May 4, 2009

LAGU GURU MALAYSIA

KAMI GURU MALAYSIA
BERIKRAR DAN BERJANJI
MENDIDIK DAN MEMIMPIN
PUTERA PUTERI NEGARA KITA

PADA SERI PADUKA
KAMI TUMPAHKAN SETIA
RUKUN NEGARA KITA
PANDUAN HIDUP KAMI SEMUA

DIBIDANG PEMBANGUNAN
KEMI TETAP BERSAMA
MEMBANTU... MEMBINA...
NEGARA YANG TERCINTA

AMANAH YANG DIBERI
KAMI TAK PERSIAKAN
APA YANG KAMI JANJI
TUNAI TETAP KAMI TUNAIKAN

Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

Sunday, May 3, 2009

Kursus Orientasi GC 2009

Program Peningkatan Profesionalisme Guru Cemerlang 2009
Kursus Orientasi Guru Cemerlang

Tarikh : 11 April - 16 April 2009
Tempat : Teluk Dalam Resort
Penyertaan : 60 Orang GC dari Kedah, Pulau Pinang & Perak (4 Orang wakil dari Hilir Perak)
Anjuran : BPG & JNJK

Pelbagai aktiviti yang telah dijalankan dalam kursus ini. Antara aktiviti yang dijalankan adalah

  • Penerangan peranan & tanggungjawab GC]
  • Penerangan kandungan buku Terma Rujukan Konsep Guru Cemerlang
  • Pena GC
  • Kepimpinan instrucsional
  • Ekspedisi rimba & samudera

Banyak pendedahan yang diberikan amat berguna untuk Guru Cemerlang merealisasikan tugas & tanggungjawab yang diamanahkan.

Ucapan Tahniah Drpd Peg. Penyelaras GC Perak

Salam,
Pn. Hj. Noraini serta JK MGC Daerah Hilir Perak,

Jabatan Pelajaran Perak mengucapkan syabas dan tahniah kepada MGC Hilir Perak kerana telah berjaya membina BLOG MGC DAERAH HILIR PERAK .

Semoga melalui blog ini akan dapat memberi banyak input dan maklumat tentang program dan maklumat MGC serta sebagai satu forum perkongsian maklumat dalam kalangan guru-guru Hilir Perak khasnya dan guru-guru serantau dunia amnya.

Sekian, terima kasih.

Salam Hormat daripada :
SYED MAHIZAN BIN SYED HASHIM,
Pegawai Penyelaras GC Negeri Perak..
My photo
Teluk Intan, Perak, Malaysia
mgchp@yahoo.com.my Facebook : Dhp Mgc

Followers