Thursday, April 30, 2009

AKTIVITI GC DHP 2009


MGC Daerah Hilir Perak telah membuat perancangan bagi aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan pada tahun 2009. Berikut adalah antara aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan dari masa ke semasa.

1. Mesyuarat Guru Cemerlang Daerah

2. Taklimat Bidang tugas dan Tanggungjawab Guru Cemerlang Mengikut Terma GC

3. Pengurusan Fail Guru Cemerlang

4. Pembinaan E-Groups & Blog GC Daerah

5. Program Turun Bantu Sekolah
6. Kajian Tindakan Guru Cemerlang
7. Kursus ICT untuk Guru Cemerlang

8. Penyuburan 12 Pedagogi *

9. Seminar Potensi Guru Cemerlang

10. Perkembangan Staf untuk GC Daerah*

11. Tinta Gemilang GC Daerah
12. Laporan Aktiviti GC Daerah

Wednesday, April 29, 2009

Mesyuarat Program Turun Bantu Sekolah

Tarikh : 29 April 2009
Masa : 2.30 Ptg
Tempat : Bilik Gerakan PPD Hilir Perak

Mesyuarat ini melibatkan guru-guru GC sekolah rendah.

Masyuarat ini dijalankan bagi membincangkan tindakan seterusnya selepas perjumpaan pertama bersama guru-guru sekolah yang terlibat dengan program turun bantu Sekolah semasa perjumpaan pertama sebelum ini.

Hasil mesyuarat adalah GC terlibat akan mengadakan satu lagi perjumpaan bersama guru sekolah rendah yang terlibat bagi mendapatkan semula borang kaji selidik dan membincangkan perjalanan program bagi lawatan ke sekolah-sekolah yang terlibat.

Lirik Lagu Majlis Guru Cemerlang

Dengan usaha dedikasi yang ikhlas
Bersama menjaya wawasan negara
Bergandingan dengan semangat baru
Menuju arah kegemilangan

Kita Membina hasrat mulia
Demi masa depan yang gemilang
Kita bersatu sebagai keluarga
Menjana cendiakawan negara

Kami guru cemerlang pendidik berwibawa
Menyempurnakan visi yang terbilang
Kami guru cemerlang
Melestari budaya Masyarakat

Kami berdoa dirahmati tuhan
Kita setaraf antarabangsa

Patuh pada etika
Penjana modal insan
Bina negara bangsa
Kita mampu cemerlang selamanya…

Baru diwujudkan

Assalamualaikum...

Blog ini baru diwujudkan.. Insya-Allah dari semasa-ke semasa akan dimasukkan pelbagai maklumat dan aktiviti Majlis Guru Cemerlang Daerah Hilir Perak

Terima Kasih
My photo
Teluk Intan, Perak, Malaysia
mgchp@yahoo.com.my Facebook : Dhp Mgc

Followers